Islam adalah agama yang membawa seluruh manusia dan menggalakkan umatnya agar dapat berkongsi nikmat melalui rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan cara bersedekah dan menginfakkannya ke jalan Allah S.W.T agar harta tersebut menjadi bersih dan berkat, pemiliknya memperoleh rahmat Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah ayat 274 yang bermaksud. " Orang-orang yang yang menafkahkan harta mereka pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terang-terangan, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan ( daripada berlakunya kejadian yang tidak baik ) kepada mereka serta mereka pula tidak akan berdukacita".
Sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dari Abu Hurairah R.A : Yang bermaksud : Orang yang bermurah hati dekat dengan Allah, dekat dengan syurga dan jauh dari neraka. Sedangkan orang yang kedekut jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari dari syutga dan dekat dengan neraka. Orang jahil yang pemurah lebih disukai Allah dari orang alim yang kedekut.
Ibadah sedekah ini dituntut untuk melakukannya dengan cara dan adab yang betul agar sedekah yang diinfakkan akan diterima oleh Allah S.W.T serta memperoleh keberkatan dan rahmatnya. Antara adab bersedekah ialah :
Pertama : Mengikhlaskan niat : Sesiapa yang bersedekah hendaklah berniat ikhlas kerana Allah S.W.T semata-mata, bukan kerana riya' atau mendapat pujian supaya disebut sebagai dermawan.
Kedua : Harta dari sumber yang halal : Tidak akan diterima sebarang sedekah yang berpunca daripada hasil yang haram dan batil seperti sumber daripada kerja-kerja di tempat maksiat, perjudian, merampas harta orang lain dan sebagainya.
Ketiga : Bersedekah dengan harta yang paling disayangi dan terbaik yang dimiliki. Firman Allah S.W.T dalam surah AL-Imran ayat 92 : Yang bermaksud kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai ( hakikat ) kebajikan dan kebaktian ( yang sempurna ) sebelum kamu menafkahkan ( mendermakan ) sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu nafkah, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Keempat : Mengutamakan keluarga terdekat, termasuk adab bagi orang yang bersedekah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, nasai'e dan Ibnu Majah: "sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala dan sedekah kepada saudara kerabat mendapat dua pahala : pahala sedekah dan pahala menyambung tali silaturrahim.
Inilah sebahagian daripada tuntutan adab bersedekah agar kita memperolehi sedekah yang diberkati oleh Allah S.W.T. bagi golongan tidak berkemampuan untuk bersedekah dengan harta dan wang ringgit maka berusahalah untuk melakukan ibadah sedekah ini, walaupun dengan hanya sebiji buah tamar bagi mengharapkan keampunan dan menjauhkan azab neraka di akhirat nanti...wassalam.
No comments:
Post a Comment