Kejayaan adalah sumber kebahagian hidup manusia, ia merupakan sesuatu yang sentiasa dicari, dituntut dan diidamkan oleh setiap manusia di muka bumi ini. Untuk mendapat kenahagiaan, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kejayaannya demi memperoleh kepuasan dan ketenteraman jiwa.
Di dunia ini, terdapat manusia yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Mereka melaksanakan sesuatu hanya untuk kepentingan dirinya tanpa mengambil kira keselamatan dan ketenteraman orang lain asalkan matlamat mereka tercapai. Maka untuk mengajar dan menyedarkan mereka ini, Allah s.w.t menimpakan sebahagian daripada bala dan bencana ke atas mereka supaya insaf di atas perbuatan buruk yang telah dilakukan sepertimana Firman Allah s.w.t dalam surah al- A'raf ayat 56 :
Yang bermaksud : Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah padanya dengan perasaan bimbang ( kalau-kalau tidak diterima )dan juga dengan perasaan berharap ( supaya makbul. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya..
No comments:
Post a Comment